22 05 2015 jumaat 5.40
aku kehilangan kawan baik aku :( moga tenang kau di sana sahabat.. aku x mampu nk tulis. sedih.
http://www1.hmetro.com.my/node/52824
\
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
Dungun: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas di Kilometer 341.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Felda Kerteh 2, 5.40 petang tadi.
Mangsa, Ahmad Faiq Samsuddin, 24, dari Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu rakannya, Muhammad Husni Ideris, 22, hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh penghadang jalan serta terhumban ke dalam longkang.
Bagaimanapun, Muhammad Husni dan seorang lagi penumpang kereta, Norizah Harun, 23, tidak cedera.
Difahamkan, mangsa yang maut bekas penuntut Universiti Zainal Abidin (UniSZA), manakala pemandu dan seorang lagi penumpang masih lagi menuntut di Fakulti Sains Komputer di universiti sama dan dalam perjalanan dari Besut ke Kemaman.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 8:35 PM
Kemalangan yang menyebabkan Ahmad Faiq (gambar) terbunuh. FOTO Rosli Ihlan
- See more at: http://www1.hmetro.com.my/node/52824#sthash.er0HwtlL.dpuf
JUMAAT, 22 MEI 2015 @ 9:21 PM Peniaga perabot maut nahas dekat Dungun OLEH ROSLI ILHAM BHKT@BH.COM.MY SEORANG peniaga kedai perabot maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat FELDA Kerteh 2. - Foto Rosli Ilham DUNGUN: Seorang peniaga kedai perabot maut selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 341.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat FELDA Kerteh 2, petang ini. Kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu mengorbankan Ahmad Faiq Samsuddin, 24, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta TOYOTA Vios dipandu rakan mangsa, Muhammad Husni Ideris, 22, bersama Norizah Harun, 23, dipercayai hilang kawalan, sebelum berpusing dan merempuh penghadang jalan lalu terhumban ke dalam longkang. Mangsa yang duduk di bahagian belakang dan mengalami kecederaan serius dalam badan meninggal serta merta di tempat kejadian. Kedua-dua rakan mangsa yang juga pelajar Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin Kampus Besut tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian, ketiga-tiga sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Besut ke Kemaman. Ketua Polis daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/56550
terlalu banyak kenangan ko dgn ak.. Allah je tahu betapa sedihnye hati ini..